Sumber Biografi Utama Sri Ramakrishna

Mahendranath Gupta, atau nama samarannya 'M' menulis Sri Sri Ramakrishna Kathamrta

The Gospel of Sri Ramakrishna

Sri Ramakrishna yang langsung tidakberpendidikan, tidak menulis sebarang buku atau memberikan ceramah umum. Beliaubercakap dalam bahasa Bengali menggunakan peribahasa dan perumpamaan. Perbualan beliau direkodkan oleh salah seorangpengikutnya, Mahendranath Gupta. Catatan Mahendranath kemudiannya diterbitkansebagai Sri Sri Rāmakrishna Kathāmrita dalam bahasa Bengali. Pada tahun 1942, Kathamritaditerjemahkan oleh Swami Nikhilananda dalam bahasa Inggeris sebagai The Gospel of Sri Ramakrishna.

Swami Nikhilananda dibantu oleh Margaret Woodrow Wilson, anak Presiden Woodrow Wilson untuk menyediakan terjemahan ini. Puisi-puisi suci dalam buku ini telah diterjemahkan oleh John Moffitt, seorang penyair Amerika. Wilson dan Joseph Campbell, seorang ilmiawan Amerika membantu penyuntingan manuskrip ini. Swami Nikhilananda menulis bahawa beliau telah memberikan penterjemahan literal Kathamrita dan bahawa beliau telah menyingkirkan beberapa mukasurat yang tidak relevan untuk pembaca Inggerisnya.

Aldous Huxley menyamakan buku ini dengan buku Life of Samuel Johnson oleh James Boswell.[4] The Gospel of Sri Ramakrishna juga telah disenaraikan antara '100 Buku Rohani yang Paling Penting dalam Abad ke-20' oleh ilmiawan Amerika.

Sri Sri Ramakrishna Lilaprasanga

Seorang lagi pengikut Ramakrishna, SwamiSaradananda menulis kisah hidupnya dalam Bahasa Bengali sebagai Sri Sri Ramakrishna Lilaprasanga''. Buku ini diterjemahkan sebagai ‘The Great Master’ oleh SwamiJagadananda. Satu terjemahan baru buku ini dikeluarkan oleh Swami Chetananda dengan tajuk 'Sri Ramakrishna and His Divine Play'.

Selain itu, 'The Sayings of Sri Ramakrishna' oleh Swami Brahmananda juga merupakan buku yang ditulis oleh seorang pengikut Ramakrishna yang menjadi rahib.